Jangkitan keseluruhan Covid-19 di Malaysia lepasi 4 juta

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini

KES keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini kini melepasi angka empat juta, iaitu 4,010,952 kes sejak virus maut itu melanda negara.

Ia selepas negara mencatatkan 17,828 lagi kes baharu Covid-19 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes harian yang direkodkan semalam membabitkan 17,421 kes tempatan dan 407 kes import.

“Sebanyak 9,121 kes iaitu 51.61 peratus dalam kategori 1, dan 8,551 kes atau 47,96 peratus adalah kategori 2.

“Kategori 3 mencatatkan 55 kes iaitu 0.31 peratus, kategori 4 sebanyak 48 kes dengan 0.27 peratus, manakala kategori 5 sebanyak 53 kes atau 0.30 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 156 kes kategori 3, 4 dan 5, sebanyak 33 kes iaitu 21.15 peratus tidak atau belum divaksinasi, 64 kes sudah menerima dua dos vaksin dan 59 kes sudah menerima dos penggalak.

“Manakala, 109 kes berumur 60 tahun ke atas, 91 kes mempunyai komorbid,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pertambahan dua kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kluster setakat ini adalah 6,914 kluster dengan 6,622 kluster telah tamat dan 292 kluster masih aktif.

“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 28,003 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,712,668 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here