Polis KL serbu pusat pelacuran tawar wanita warga asing

0
1

ENAM wanita warga Vietnam disyaki menawarkan khidmat seks ditahan susulan serbuan ke atas sebuah pusat pelacuran di Kuala Lumpur, lewat malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob menerusi kenyataan hari ini memaklumkan operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggotanya susulan risikan dan maklumat.

Katanya, serbuan mendapati premis itu beroperasi dengan menyediakan perkhidmatan pelacuran wanita warga asing.

“Hasil serbuan telah berjaya menangkap enam lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Indonesia dan enam wanita Vietnam.

“Serbuan turut merampas 130 keping kondom, satu pelincir, sehelai tuala, dua tisu basah, satu fail jadual kerja, dua telefon bimbit dan wang tunai RM340.

“Semua tangkapan dibuat di bawah Seksyen 373 dan 372B Kanun Keseksaan, serta Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959 (PIN 2002),” katanya.

Azman berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah boleh terus menyalurkannya menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Polis Kuala Lumpur amat menghargai sebarang bentuk maklumat perilaku jenayah daripada anda demi kesejahteraan masyarakat bersama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here