19,105 kes baharu Covid-19 semalam

0
3

SELEPAS tujuh hari berturut-turut angka jangkitan harian melebihi angka 20,000, kes baharu Covid-19 di Malaysia semalam melaporkan 19,105 kes baharu.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 3,993,124 kes sejak virus maut itu melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes harian yang direkodkan semalam membabitkan 18,719 kes tempatan dan 386 kes import.

“Sebanyak 8,267 kes iaitu 43.27 peratus dalam kategori 1, dan 10,645 kes atau 55.72 peratus adalah kategori 2.

“Kategori 3 mencatatkan 81 kes iaitu 0.42 peratus, kategori 4 sebanyak 44 kes dengan 0.23 peratus, manakala kategori 5 sebanyak 68 kes atau 0.36 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 193 kes kategori 3, 4 dan 5, sebanyak 58 kes iaitu 30.05 peratus tidak atau belum divaksinasi, 78 kes sudah menerima dua dos vaksin dan 57 kes sudah menerima dos penggalak.

“Manakala, 92 kes berumur 60 tahun ke atas, 81 kes mempunyai komorbid,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pertambahan satu kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kluster setakat ini adalah 6,912 kluster dengan 6,608 kluster telah tamat dan 304 kluster masih aktif.

“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 28,250 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,684,665 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here