
PRESIDEN PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang disahkan positif Covid-19 hari ini.
Perkembangan tersebut disah anaknya, Muhammad Khalil yang memaklumkan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu hanya mengalami gejala ringan.
“Mohon doa kepada Ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera. Beliau telah disahkan positif Covid-19 dan hanya mengalami gejala ringan.
“Kini sedang menjalani kuarantin di rumah dan dalam keadaan baik. Bersama kita doakan kesihatan Ayahanda Tuan Guru,” katanya menerusi kenyataan. – Malaysiapost
