HTJ siasat dakwaan mangsa koma terabai

0
2

HOSPITAL Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat mengenai pesakit koma, Jahidah Nordin, 43, yang didakwa tidak dijaga dan dirawat dengan baik di hospital berkenaan.

Jahidah koma sejak 4 Mei 2021 selepas dipercayai dicederakan suaminya oleh suaminya dalam kejadian di Johor, sebelum mangsa dipindahkan dan dirawat di HTJ.

Dakwaan itu dibuat oleh kakak pesakit berkenaan, Fauziah Nordin melalui satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebooknya, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan(JKNNS), Datuk Dr Harlina Abdul Rashid, berkata pasukan khas itu yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan telah memulakan siasatan dalaman bagi menyiasat isu tersebut secara teliti.

“HTJ telah mengambil tindakan menghubungi pengadu bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci mengenai perkara yang telah dibangkitkan.

“JKNNS memandang serius isu itu dan memohon semua pihak untuk tidak membuat sebarang andaian sehingga siasatan dalaman ini selesai sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Harlina berkata, pihak JKNS akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, tular rakaman video daripada aplikasi TikTok yang dimuat naik waris berkenaan yang memaklumkan keadaan kakaknya yang didakwa tidak dijaga dengan baik di wad 6A HTJ.

Video tersebut memaparkan kaki pesakit yang berkudis dan luka ‘bedsore’ di belakang badannya semakin teruk kini sebesar tapak tangan, malah badannya juga kurus kering. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here