22,341 kes baharu, 85 kematian akibat Covid-19

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

JUMLAH kes baharu harian Covid-19 yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 22,341 kes menjadikan 3,974,019 kes kumulatif sejak wabak berkenaan melanda negara.

Kes kematian akibat Covid-19 yang direkodkan semalam pula adalah sebanyak 85 kes termasuk 23 yang diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID).

Jumlah kematian terbaru itu menjadikan keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 34,329 kes termasuk 7,199 BID.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 22,341 kes baharu yang dilaporkan, 497 adalah membabitkan warganegara, manakala 27 bukan warganegara.

“Kes tempatan pula membabitkan 21,817 kes dengan 20,910 daripadanya adalah warganegara dan 907 bukan warganegara.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 390 kes (160 kes disahkan Covid-19; 230 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Dan kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 219 kes (94 kes disahkan Covid-19; 125 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, daripada 22,341 kes harian yang dilaporkan semalam pesakit Kategori 1 adalah membabitkan 10,181 kes Kategori 2 sebanyak 12,007 kes, Kategori 3 pula 58 kes, manakala Kategori 4 adalah 45 kes da Kategori 5 adalah 50 kes.

“Daripada 153 kes Covid-19 bagi Kategori 3, 4, dan 5, sebanyak 48 kes membabitkan individu yang tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

“Sebanyak 61 kes pula telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak, manakala 44 kes telah menerima dos penggalak dan 96 kes berumur 60 tahun dan ke atas serta 71 kes mempunyai komorbid,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kluster Covid-19 yang dikesan di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 6,911 kluster termasuk enam kluster baharu semalam, manakala 6,595 kluster dilaporkan telah tamat dan 316 kluster masih aktif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here