Erma luah risau babak dalam Perempuan itu – Umie Aida

0
2

PELAKON Datin Seri Umie Aida tampil menjelaskan serba sedikit mengenai isu adegan ‘panas’ drama Perempuan Itu terbitan kakaknya yang juga pelakon Erma Fatima.

Menurutnya, sejak dari awal lagi kakaknya sudah meluahkan rasa risau mengenai babak dalam drama berkenaan.

“Hmmm..baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit pasal isu ini. Dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya dia, bila tengok ‘footage’ cerita ini.

“Dia kata mereka shoot (penggambaran) sangat ‘daring’. Me (Umie) pesan awak (Erma) sebagai produser kena tegas dan beritahu mereka shoot atas landasan yang dibenarkan.

“Dan lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage (yang Erma nak buang) dari editor tanpa keizinan pihak penerbit dan post di Instagram.

“Motif keluarkan footage yang belum diedit dan excited dengan scene yang kurang indah itu dikongsikan untuk ‘viral’? soalnya dalam satu hantaran di laman Instagramnya,

Umie turut memaklumkan sempat melihat video yang dimuat naik di laman Instagram pelakon drama berkenaan pada Jumaat lalu.

“Saya terus komen kat Erma..apa cerita korang buat ini.. gila ke??? Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus ke depan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu?

“Sayangnya bila ada pihak tidak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata, antara skrip dan interpretasi pengarah adalah berbeza. Lakon layar dibuat oleh pengarah, bukan penulis skrip atau penerbit.

“Dan sebagai pelakon wajar tolak lakon layar yang diluar kewarasan. Semoga jadi pengajaran buat kita semua,” katanya yang turut menggunakan tanda pagar #nila setitik rosak susu sebelanga. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here