Penyaluran BKM selewat-lewatnya mulai 31 Mac ini – Tengku Zafrul

0
2

BANTUAN Keluarga Malaysia (BKM) akan disalurkan selewat-lewatnya mulai 31 Mac ini dalam usaha kerajaan membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pihaknya faham ramai yang memerlukan bantuan dan sudah pasti mereka mengharapkan bantuan disalurkan segera.

Beliau berkata, setakat ini, terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk BKM dan penelitian perlu dibuat bagi memastikan mereka yang layak tidak keciciran.

“Saya lihat di dalam Facebook dan Instagram saya ramai yang bertanya tentang penyaluran BKM. Saya faham masih ramai Keluarga Malaysia yang memerlukan bantuan dan sudah pasti mereka mengharapkan bantuan disalurkan segera.

“Untuk makluman semua LHDN perlu menapis 12 juta permohonan untuk BKM tahun ini.

“Pihak LHDN sedang berusaha untuk mengesahkan kelayakan semua permohonan ini secepat mungkin bagi memastikan semua Keluarga Malaysia yang layak akan menerima bantuan,” katanya dalam video yang dikongsi di laman Facebooknya.

Beliau berkata Kementerian Kewangan (MOF) sentiasa mendengar dan berusaha keras memastikan Keluarga Malaysia mendapat perkhidmatan yang terbaik.

“Saya tidak mahu LHDN tergesa-gesa nak proses permohonan sehingga ada Keluarga Malaysia yang sepatutnya layak tetapi tercicir dari BKM.

“Insya-Allah BKM akan disalurkan bulan ini selewat-lewatnya mulai 31 Mac 2022,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, pengumuman penyaluran BKM akan dibuat dalam masa terdekat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here