PAU 2021 bukti persefahaman padu Presiden Umno dan Perdana Menteri

0
2

PERHIMPUNAN Agung Umno 2021 yang berakhir hari ini menunjukkan wujudnya persefahaman padu antara Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Yakub Khan yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno meminta ahli Umno tidak mendengar hasutan pihak tertentu.

“Janganlah dengar hasutan orang sekeliling. Kita tahu Perdana Menteri ini ada kelompok tertentu yang cuba menghasut untuk mengadakan pemilihan parti terlebih dulu.

“Namun kita mahukan PRU dulu barulah pemilihan parti. Rumusan daripada PAU ini menjadikan Umno ini pada keseluruhannya itu akan menjadi pasukan yang kuat,” katanya sebagai reaksi selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno.

Sementara itu Ketua Umno Bahagian Sik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata menuju ke hadapan, parti perlu menumpukan beri fokus kepada orang muda yang dilihat antara ‘game changer’ kepada PRU15 nanti.

Beliau berkata ia perlu didokong dengan menjuarai isu semasa dan memberikan respons segera seperti isu pekerjaan dan kos sara hidup selain menerangkapkan perjuangan parti itu sendiri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here