Zahid beri bayangan PAU terakhir sebelum PRU

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan Perhimpunan Agung Umno 2021 yang berakhir hari ini, adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Pada hemat saya, kalau kita membaca apa yang Perdana Menteri cakap… ini merupakan PAU terakhir sebelum PRU… sebagai PAU yang terakhir,” katanya ketika penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2021, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menolak dakwaan berlaku perpecahan antara ‘top 5’ kepimpinan Umno serta mengesahkan pertemuan antara mereka iaitu sebulan sekali bagi membincangkan perkara berkaitan.

“Saya ingin mengesahkan bahawa ‘top 5’ sering bertemu sekurang-kurangnya sebulan sekali, Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden bertemu.

“Rakan-rakan ramai yang tahu tapi kadang-kadang tak perlu diketahui sebab banyak perkara-perkara yang kita buat keputusan kerana setelah selidiki.

“Saya berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dalam politik ataupun jawatankuasa. Dan kita juga ada pasukan ‘task force’, yang memikirkan isu-isu yang dibangkit.

“Yakinlah. Selagi ‘top 5’ bersatu hati sentiasa mengadakan perbincangan insya-Allah. Kelima-lima kami akan menjaga parti dan memberikan keutamaan pada akar umbi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here