Zii Jia ke separuh akhir All England

0
2

JUARA bertahan Seluruh England, Lee Zii Jia mara ke perlawanan separuh akhir kejohanan itu dengan menumpaskan pemain Jepun Kento Momota, dalam aksi suku akhir di Utilita Arena Birmingham, awal pagi tadi.

Pemain perseorangan badminton lelaki negara itu mengalahkan lawannya dalam aksi tiga set 21-7, 13-21, 21-11.

Pertembungan kedua-dua pemain itu seperti perlawanan ulangan suku akhir Seluruh England tahun lalu apabila, Zii Jia turut menewaskan Momota di suku akhir dalam laluannya sebelum bergelar juara.

Zii Jia, 23, yang mendapat bimbingan jurulatih dari Indonesia Indra Widjaja, bagi meneruskan karier profesionalnya selepas mengambil keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia, kini berada di rangking ketujuh dunia.

Pemain nombor satu negara itu akan berdepan pemain dari India yang juga pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Lakshya Sen bagi perebutan tempat ke final, malam ini.

Lakshya mendapat kemenangan percuma di suku akhir selepas lawannya dari China, Lu Guang Zhu menarik diri.

Sementara itu, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terkandas di saingan suku akhir apabila tewas di tangan pasangan nombor dua dunia dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong dengan keputusan 15-21, 15-21. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here