Jangkitan Covid-19 di Malaysia hampir mencecah 4 juta kes

0
1

JUMLAH kes Covid-19 di Malaysia kini hampir mencecah empat juta kes sejak wabak berkenaan melanda negara dengan 24,241 kes baharu harian dilaporkan semalam menjadikan 3,951,678 kes kumulatif setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada daripada 24,241 kes harian yang dilaporkan semalam, 9,801 kes atau 40.43 peratus adalah Kategori 1, manakala 14,255 kes atau 58.81 peratus adalah Kategori 2.

Menurutnya, Kategori tiga pula membabitkan 67 kes atau 0.28 peratus; Kategori 4 sebanyak 65 kes atau 0.27 peratus dan
Kategori 5 adalah 53 kes atau 0.21 peratus.

“Daripada 185 kes Covid-19 Kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan 60 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; manakala 71 kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak (booster).

“Sebanyak 54 kes pula telah menerima dos penggalak (booster); 109 kes berumur 60 tahun dan ke atas; 84 kes mempunyai komorbid; dan satu kes adalah kes ibu mengandung,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 26,615 kes sembuh baharu dilaporkan semalam menjadikan 3,623,068 kes kumulatif yang sembuh setakat ini.

“Jumlah keseluruhan kluster Covid-19 di Malaysia kini adalah 6,905 kluster termasuk tiga kluster baharu yang dilaporkan semalam serta 6,573 kluster dilaporkan telah tamat dan 332 kluster yang masih aktif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here