65.6 peratus populasi dewasa sudah ambil ‘booster’

0
2
Penerima-penerima hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini.

SEBANYAK 15,425,524 individu atau 65.6 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia sudah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sejumlah 25,782,213 atau 97.5 peratus daripada golongan itu sudah lengkap vaksinasi manakala 23,216,630 or 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,221,990 individu atau 34.4 peratus kumpulan itu sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Sementara, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,841,412 individu atau 91.3 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,940,403 atau 94.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian merekodkan sebanyak 46,039 dos diberikan semalam, meliputi 13,256 dos pertama; 2,166 dos kedua dan 30,617 dos penggalak.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,376,641. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here