Kecoh kembali desakan penggunaan Ivermectin – Dr Noor Hisham

0
1

KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mendakwa kini kecoh kembali desakan oleh sesetengah pihak untuk membenarkan penggunaan Ivermectin bagi rawatan Covid-19.

Bagi menjelaskan mengenai isu berkenaan beliau memberikan beberapa fakta yang perlu diketahui mengenai penggunaan Ivermectin untuk tujuan rawatan wabak berkenaan.

“NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) memaklumkan tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar untuk kegunaan manusia.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WH0) pada 31 Mac 2021 membenarkan Ivermectin untuk rawatan Covid19 bertujuan bagi Kajian Klinikal sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) pada 3 April 2021 juga memberi kelulusan Ivermectin digunakan untuk SARS-CoV-2 dalam kajian ‘in-vitro’ di makmal, namun bukan untuk manusia.

Menurutnya, Kesatuan Eropah (EU) 27 Mei lalu, melarang Ivermectin keatas pesakit kerana kekurangan bukti klinikal.

“The Union Health & Family India, pada 7 Jun 2021 pula telah keluarkan (batal) dari senarai penggunaan (de-listed) Ivermectin, Hydroxychloroquine dan Favipiravir utk rawatan pesakit Covid-19.

“Laporan awal beberapa Kajian Klinikal di luar negara berkenaan Ivermectin, masih perlu dikaji dan diberi perhatian juga,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, di Malaysia Kajian Klinikal di 12 ke atas 500 pesakit risiko tinggi Covid-19 telahpun dilaporkan di Jurnal JAMA, iaitu ivermectin tidak berkesan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here