Itu “Sindrom September” Anwar – Takiyuddin

0
3

Nurul Huda Abhar

SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan kenyataan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “simdrom September” kerana pernah mengumumkan mengenai peralihan kuasa pada bulan sama 2008.

Menurutnya, jika dahulu gimik Presiden PKR itu dibuat pada 16 September, kini situasi sama berulang kerana ingin mendapat sokongan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hari ini.

“Simdrom September… dahulu 16 kini 26. Apa-apa pun, kad utama masih bersama Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rabu lalu, Anwar mendakwa mendapat majoriti kukuh untuk membentuk satu kerajaan baharu.

Sejurus kenyataan Anwar tersebut, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beliau tidak dapat menghalang jika ada Ahli Parlimen Umno menyokong ketua pembangkang itu. – Malaysiapost