PAU 2021: PM jaga negara, saya dan Tok Mat jaga parti – Zahid

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disaran memberi fokus untuk menjaga pentadbiran dan kestabilan negara.

Saranan itu disuarakan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, hal ehwal pengurusan parti biar beliau dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan mengemudinya.

“Datuk Seri Ismail Sabri jaga negara elok-elok dan kami beri dokongan kepada beliau.

“Saya dan Mohamad Hasan akan jaga parti kerana parti dan kerajaan harus seiring jalan,” katanya ketika ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021, hari ini.

Suasana menjadi gamat sejurus Ahmad Zahid berkata demikian dan menerima tepukan daripada ahli perwakilan termasuk Ismail Sabri yang juga berada di pentas sebagai salah seorang Naib Presiden.

Gandingan ketiga-tiga pemimpin ini terbukti membuahkan hasil apabila Umno dan BN kembali mendapat keyakinan rakyat dengan meraih kemenangan dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here