Keahlian Umno kini 3.3 juta

0
2
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan

UMNO terus diperkuatkan lagi dengan jumlah keahliannya kini mencecah 3,391,236 orang, sekaligus kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di Malaysia.

Jumlah itu merangkumi 22,274 bilangan cawangan di 191 Bahagian di seluruh negara.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata berdasarkan data sehingga 15 Mac lalu, Sabah merupakan negeri yang memiliki paling ramai ahli Umno iaitu 594,631 ahli, diikuti Johor, 452,642 ahli, Selangor, 426,109 ahli, dan Kedah, 300,564 ahli. 

“Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah Lahad Datu yang merekodkan 46,849 ahli diikuti Semporna, 40,849, Libaran, 39,513, Gombak, 38,437 ahli dan  Baling, 37,249 ahli,” ucapnya di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021, d PWTC, hari ini. 

Sementara itu, Ahmad memaklumkan sebanyak 21 duta dan wakil negara hadir ke PAU 2021 iaitu United Kingdom, China, Russia, Amerika Syarikat,  Perancis, Jerman, Jepun, Australia, India, Singapura, Qatar, Arab Saudi, Brazil, Brunei, Indonesia, Iran, New Zealand, Palestin, Pakistan, Vietnam dan Bangladesh.  

“Terima kasih atas kehadiran mereka. Kelab-kelab Umno di seluruh dunia berjumlah 20 buah iaitu lapan di United Kingdom, satu di Ireland, dua di Indonesia, tiga di Australia, empat di New Zealand dan dua di Mesir. 

“Umno masih mekar di seantero dunia. Sebahagian wakil mereka ada hadir di Dewan ini. Tentunya juga hadir wakil-wakil UMNOSiswa daripada 18 IPTA dan IPTS serta UMNOSiswi daripada 12 IPTA yang mewakili  pelajar daripada universiti awam di Malaysia,” katanya. 

Dalam pada itu, Ahmad Maslan mendedahkan jumlah perwakilan keseluruhan Umno  pada PAU 2021 ialah seramai 954 perwakilan Wanita Bahagian   966 perwakilan Pemuda Bahagian   956  perwakilan Puteri Bahagian, perwakilan Bahagian melibatkan  2666 sekaligus menjadi jumlah keseluruhannya 5524 perwakilan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here