PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju bahawa agenda Melayu Bumiputera merupakan keutamaan Umno.
Perkara itu dibangkitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Khaidirah Abu Zahar dalam Persidangan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 hari ini.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno berkata beliau kagum mendengar ucapan yang penuh segar oleh Khaidirah atau mesra dengan panggilan Dira.
“Dalam melakar kejayaan kini dan masa hadapan, Puteri Umno, yang dibarisi wanita muda inilah yang akan mencorakkan masa depan bangsa yang lebih gemilang.
“Teruskan khidmat bakti kepada masyarakat dan negara. Berjasa dan berbaktilah dengan sepenuh jiwa dan keikhlasan untuk agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

