Berhenti jadikan mereka orang popular’ – Awal Ashaari

0
1

PELAKON dan pengacara, Awal Ashaari meminta semua pihak berhenti memberi populariti percuma kepada wanita dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Awal, pihak produksi perlu segera berhenti menjemput ‘Kak Long 7E’ atau Wan Nor Baizura Bharudin menjadi tetamu jemputan bagi mana-mana program televisyen.

Ini kerana, Awal berpendapat individu yang hanya terkenal dengan sikap kurang adab dan mengejar populariti, tidak layak muncul dalam mana-mana program televisyen.

“Mereka hanya lapar perhatian dan berhenti popularkan golongan sebegitu. Setiap saat masa siaran yang anda berikan kepada individu sebegini ialah publisiti untuk mereka.

“Mereka lapar perhatian dan kemasyhuran. Menjerit, mengeji, mengutuk dan mengamuk macam orang gila. Merendah-rendahkan orang lain dalam media sosial, alih-alih dapat jemputan masuk televisyen,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Bekas pengacara Melodi itu berharap orang ramai berhenti menjadikan wanita tersebut lebih popular selepas pelbagai isu yang ditimbulkannya sebelum ini.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga dapat membayangkan individu berkenaan akan muncul dengan lebih banyak video lain sebelum dipanggil influencer kelak.

“Bayangkan video jenis apa yang akan muncul selepas dijemput masuk program televisyen, kemudian menjadi pesohor media sosial.

“Berhenti jadikan mereka orang yang popular. Mereka tidak layak untuk berkongsi kisah hidup dalam siaran televisyen kerana TikTok sahaja tempat mereka,” katanya

Selepas dikecam kerana TV Alhijrah menjemput ‘Kak Long 7E menjadi tetamu undangan, wanita itu sekali lagi mencuri perhatian kerana dikatakan mempersendakan orang kelainan upaya (OKU) dalam sebuah siaran langsung di media sosial.

Dia bagaimanapun tampil bersumpah tidak berniat untuk mempermainkan warga OKU dan menafikan sengaja mengajuk golongan itu semata-mata untuk ‘content’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here