PM hargai pembahas sayap Umno sokong usaha kerajaan

0
2

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan terima kasih kepada pembahas pada persidangan sayap Umno hari ini yang menyokong usaha kerajaan meluluskan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

“Terima kasih kepada pembahas yang menyuarakan sokongan atas usaha-usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat seperti pengeluaran khas KWSP,” kata Naib Presiden Umno itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sementara itu Perdana Menteri turut meluangkan masa mendengar perbahasan pembahas Wanita Umno sempena persidangan Wanita di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

“Saya berpuas hati dengan perbahasan yang sangat menarik dan bernas oleh wakil Wanita.

“Wanita ialah tulang belakang parti yang banyak membantu dalam pembangunan negara.

“Teruskan perjuangan jitu yang dapat membantu kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here