Zahid jawab isu bantahan PRU segera, pelantikan MB Johor esok

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjawab isu-isu berkaitan bantahan dalam parti bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) segera serta pelantikan Menteri Besar Johor, esok.

“Kedua-dua jawapan ini akan saya jawab esok,” katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Putra (WTC) hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan sama ada penjelasan itu akan dibuat dalam Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) atau sidang media.

Ahmad Zahid ditanya berhubung dakwaan terdapat ahli Umno yang membantah PRU15 diadakan segera, selain dakwaan akar umbi parti itu menolak pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor.

Terdahulu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu meninjau perjalanan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di WTC. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here