PAU: ‘Umno tak jemput PAS kerana SOP, kekangan tempat’ – Tok Mat

0
2

DATUK Seri Mohamad Hasan menjelaskan parti itu tidak menjemput wakil PAS ke Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno malam tadi kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Timbalan Presiden Umno itu berkata, kekangan tempat menyebabkan jemputan kepada pemimpin PAS tidak dapat dibuat.

“(Tak jemput) sebab kekangan tempat, tempat tak mengizinkan, dengan SOP, cakap bersopanlahkan,” katanya,

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) malam tadi.

Terdahulu Mohamad merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) malam tadi.

Sementara itu, Mohamad menafikan dakwaan hubungan Umno dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) sudah berakhir.

“MN belum tamat lagi, kalau kita mengaji kita tamatkan, dia (MN) belum tamat lagi walaupun sudah sampai ayat akhir tetapi belum kita khatamkan, elok kita sama-sama fikir.

“Kiita cuma akan bersama dengan orang setia bukan banyak kolam, yang akhirnya ramai orang akan keliru dan kita sendiri takut kita keliru,” katanya.

Mengulas desakan agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipercepatkan, Mohamad berkata, usul tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

“Naib Presiden kedua akan bawa usul apa yang akan dibentangkan kepada Perhimpunan Agung Umno. Ia datang daripada jawatankuasa usul yang mengumpul segala usul di 190 bahagian tidak termasuk Tanah Merah yang digantung,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here