PERHILITAN rampas Serval Cat, Blue Monkey

0
4

JABATAN Perhilitan Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) merampas hidupan liar disyaki ‘Serval Cat’ dan ‘Blue Monkey’ di sebuah premis sekitar Seri Kembangan, Selangor pada 9 Mac lalu.

PERHILITAN dalam kenyataan di Facebook memaklumkan rampasan itu dibuat dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemilik premis gagal mempamerkan lesen menyimpan bagi kesemua hidupan liar terbabit yang disimpan di premis tersebut.

“Satu laporan polis telah dibuat berhubung pemeriksaan ini dan kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN untuk siasatan dan tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

PERHILITAN berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here