Onn Hafiz bersyukur mulakan tugas sebagai MB

0
2

DATUK Onn Hafiz Ghazi merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang menerima kehadirannya sebagai Menteri Besar Johor yang baharu, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap itu juga menzahirkan rasa syukur kerana telah memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor ke-19 hari ini.

“Terima kasih sekali saya ucapkan kepada YB Datuk Hasni Mohammad atas segala usaha yang dibuat sebelum ini. Semoga dengan bantuan dan nasihat beliau kita dapat bina masa depan negeri Johor yang kita inginkan bersama.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Datuk Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan semua pegawai Kerajaan Negeri Johor yang sudi menerima saya pagi ini.

“InsyaAllah, sama-samalah kita terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada Bangsa Johor yang kita semua sayangi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Menteri Besar berusia 43 tahun itu turut berharap urusan pentadbiran negeri dipermudahkan Allah SWT.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita. Kepada Allah Kita Berserah. Muafakat itu Berkat,” katanya.

Terdahulu beliau tiba di pejabat Menteri Besar kira-kira jam 10 pagi disusuli bacaan doa oleh Imam Masjid Kota Iskandar, Ustaz Hanafiah Abd Razak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here