WARGA emas yang menghidu pakaian dalam sambil beronani dihukum penjara sebulan.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lelaki tempatan berusia 62 tahun itu telah dihadapkan ke mahkamah semalam.
Katanya, lelaki tersebut mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan dan dikenakan hukuman denda RM3,000 atau sebulan penjara jika gagal menjelaskannya.
“Denda yang dikenakan tidak dibayar, suspek akan menjalani hukuman penjara selama sebulan.
“Orang ramai dinasihatkan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan peruntukan undang-undang di negara ini,” katanya.
Terdahulu, kertas siasatan lengkap telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya semalam dan lelaki itu dituduh di bawah Sesyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan atau mengganggu kesantunan.
Kelmarin, lelaki itu ditahan selepas tular video di media sosial memaparkan dia berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dengan menghidu pakaian dalam yang disidai di ampaian sambil melakukan perbuatan mengaibkan. – Malaysiapost

