Bekas ADUN Rembia meninggal dunia

0
2

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol, 68, meninggal dunia hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan ADUN Asahan Fairul Nizam Roslan menerusi Facebook, pagi tadi.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Datuk Wira Norpipah Abdol yang telah meninggal dunia jam 3.42 pagi ini.

“Semoga segala jasa baik Datuk dibalas Allah dengan sebaik-baik pembalasan. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Allahyarham yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Melaka menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya, pagi tadi.

“Arwah sebelum ini menderita barah dan turut disahkan positif Covid-19 ketika menerima rawatan di sana,” katanya.

Beliau turut memaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke Melaka 11.30 pagi ini sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan, Alor Gajah.

Untuk rekod, Norpipah merupakan Adun Rembia selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, namun digugurkan pada Pilihan Raya Negeri Melaka ke-15.

Sepanjang pembabitannya dalam politik beliau pernah menyandang jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Alor Gajah dan Ketua Penerangan Wanita Umno Negeri Melaka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here