Warga emas ditahan berkelakuan tidak senonoh

0
1

POLIS menahan seorang warga emas kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh di sebuah flat dekat Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya menerima satu aduan pada jam 2.44 petang semalam berkenaan seorang lelaki mengambil pakaian dalam dijemuran sambil menciumnya dan melakukan perbuatan onani di kawasan tersebut.

“Perbuatan tersebut telah dilihat serta dirakam oleh jiran mangsa yang kemudiannya menghubunginya untuk memaklumkan perbuatan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Amihizam berkata, hasil risikan pasukan dari Cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields telah menahan suspek berusia 62 tahun itu di Puchong, untuk siasatan lanjut.

“Satu kertas siasatan dibawah Seksyen 509 KK dan Seksyen 14 AKK 1955 telah dibuka dan permohonan reman akan dibuat pada 15 Mac 2022,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Sebarang maklumat mengenai kes jenayah laporkan segera pada pihak Polis di Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here