Muhyiddin, Menteri Bersatu mesti letak jawatan – Puad

0
2

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua menteri Bersatu perlu meletakkan jawatan dalam kerajaan, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad berkata, Muhyiddin dan semua menteri Bersatu perlu bersedia melepaskan jawatan berkenaan susulan kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, sepanjang kempen PRN Johor, Muhyiddin telah berbelanja besar selain melakukan serangan terhadap Umno dan pemimpin parti itu dengan kasar.

“Justeru bermaruahkah Muhyiddin dan Menteri Bersatu terus kekal dalam Kerajaan yang dipimpin oleh Umno.

“Muhyiddin sedia letak jawatan dalam parti kerana Bersatu kalah teruk di PRN Johor. Sepatutnya Muhyiddin dan Menteri-Menteri dari Bersatu letak jawatan dalam kerajaan.

“Mereka berkempen secara habis habisan. Bersatu berbelanja besar. Termasuk sedia bas untuk mengangkut pengundi,” katanya menerusi Facebook.

Mohd Puad yang menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit pada PRN Johor turut mencabar Muhyiddin untuk ‘menekan butang’. 

“Tekanlah ‘button’ jika bermaruah. Bangsa Johor tidak percaya kamu perihatin Bangsa Johor,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin menawarkan peletakan jawatan sebagai pengerusi PN susulan kekalahan teruk gabungan itu pada PRN Johor, Sabtu lalu.

Beliau menyatakan kesediaan berbuat demikian pada bila-bila masa, sekiranya diminta oleh parti komponen.

“Kalau nak tukar saya terima. Kita amalkan sistem progresif. (Jawatan pengerusi) Bukan hak saya, (tapi) keputusan parti atau kepimpinan parti komponen PN,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here