KEMAS laksana kaedah pengajaran digital menjelang 2030

0
3

JABATAN Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan laksana kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Berteraskan Digital di semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) menjelang tahun 2030.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, penggunaan kaedah itu dilihat mampu merangsang perkembangan minda kanak-kanak secara lebih berkesan.

“Kita perlu bekalkan anak-anak kita dengan persekitaran pembelajaran yang kreatif, menarik dan aktif semasa usia mereka masih kecil lagi.

”Melalui penggunaan teknologi multimedia, kita sebenarnya sedang menyiapkan generasi masa hadapan yang seiring dengan keperluan dan perkembangan semasa dunia teknologi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Anugerah Inovasi dan Multimedia Pendidikan Awal Kanak-Kanak (AIMPAK) Kuantan, hari ini.

AIMPAK merupakan pengiktirafan kepada Pendidik Masyarakat TABIKA dan TASKA KEMAS yang telah menguasai kemahiran teknologi maklumat (IT) dalam semua aktiviti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here