Jika Umno-BN sudah siap sedia, segerakan PRU15 – Annuar

0
2

BEKAS Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyokong jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Namun, beliau berkata, tarikh pembubaran Parlimen harus menjadi rahsia besar parti pemerintah.

“Saya bersetuju masa sudah tiba untuk persiapan untuk PRU dibuat. Sekiranya benar-benar sudah siap, saya fikir elok di segerakan.

“Bila tarikhnya, terserah kepada budi bicara Perdana Menteri setelah berunding secara dalaman dgn Majlis Kerja Tertinggi.

“Yang pasti, BN perlu benar benar bersedia dan di saat rakyat majoriti nya bersama kita.Buat masa ini,ada baiknya kita teliti dulu semua perkara. Masa yang ada,tidak lama,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut memuji reaksi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, apabila beliau ditanya mengenai pembubaran Parlimen dan PRU15, kerana dapat dilihat kebijaksanaan dan kematangan berpolitik seorang Perdana Menteri.

“PRU bukan satu perkara kecil, apa lagi untuk membubarkan sebuah kerajaan yang sedang memerintah dengan mandat dari hampir seluruh anggota Dewan Rakyat.

“Kebetulan pula PM mewakili parti minoriti(42/116 dalam parlimen di anggotai 222 ahli)dalam gabungan pelbagai parti,” katanya.

Justeru, beliau berkata, seperti kenyataan Perdana Menteri sebelum ini, antara pra-syaratnya, adalah Parlimen dibubarkan apabila BN benar-benar bersedia untuk PRU.

“Bilakah bersedia tidak boleh mengikut jerit pekik sekumpulan kecil yg sedang dalam euphoria kemenangan PRN. Ia memerlukan kepastian pimpinan tertinggi yg bertanggungjawab tentang kesiapsiagaan parti dari sudut sumber, logistik, kewangan, organisasi dan strategi.

“Jadi, bila PRN Melaka dan Johor di adakan, pimpinan mereka tahu kesiapsiagaan mereka peringkat negeri. Mereka berbincang semua segi.

“Itu pun mereka boleh bersandarkan sokongan dan dokongan ibu pejabat,dan lebih besar lagi dari PM, para menteri dan timbalan menteri,ketua agensi, mb-mb dan Ketua bahagian seluruh negara. Jentera ini tidak terlawan oleh mana mana parti.Apa lagi dengan kekuatan dari PM dan kerajaan itu sendiri,” katanya.

Jelasnya, dalam PRU, situasi ini tidak akan berlaku lagi kerana semua kawasan akan sibuk menjaga kawasan masing-masing.

“Sekiranya persiapan terutama sumber dan kewangan tidak mencukupi,seluruh jentera akan lumpuh sama sekali. Justeru, dalam PRN Johor, terdapat kawasan yg daif bekalan, tiada laptop, tiada modem, malah sistem SMPR ibupejabat parti gagal berfungsi pada hari mengundi.

“Namun urusan tetap lancar kerana dibantu dengan hebatnya oleh jentera negeri dan bahagian angkat masing masing,” katanya.

Tambahnya, tarikh pembubaran parlimen turut memainkan peranan penting dan ia mesti menjadi rahsia besar parti memerintah.

“Tidak pernah tarikh pilihanraya dan pembubaran kerajaan nak di tentukan melalui desakan terancang dan terbuka.

“Ia umpama memasang jerat di kepala sendiri.Ia harus kekal rahsia dan sebagai hak budi bicara PM.

“Pucuk pimpinan tertinggi parti harus berbincang dengan teliti,dan boleh memberi pandangan kepada Perdana Menteri,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, satu perkara yang juga sangat perlu difahami, kerajaan sedia ada bukan kerajaan satu parti.

“Justeru perbincangan dalam kerajaan juga wajib diambil kira. Peraturan dan peruntukan dalam Perlembagaan juga wajib di ambil kira.

“Dan, PM juga perlu prihatin kepada sentimen rakyat dan semasa.Di Melaka dan Johor, sentimen rakyat mendokong keputusan negeri, justeru mereka turut memberi undi.

“Di pusat,sentimen ini perlu di teliti. Sekiranya berbuat sesuatu lain dari sentimen rakyat,mereka akan memberi reaksi melalui peti undi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here