GRS jajaran baharu dalam politik Sabah – Hajiji

0
3

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu jajaran baharu dalam situasi politik di negeri itu.

Beliau yang juga Pengerusi GRS itu berkata, ia adalah satu perkembangan yang bersejarah kepada politik di Sabah dan diharap dapat menyatukan parti politik di Sabah.

“Ini adalah satu perkembangan yang amat bersejarah, satu jajaran politik baharu di Sabah dan kita harap dengan pendaftaran ini, kita akan lebih dapat menyatupadukan lagi parti-parti yang ada di Sabah yang berminat bersama-sama berjuang dalam GRS ini,” katanya seperti dilapor Deasoka.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan parti parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Beliau berkata, gabungan itu akan digunakan untuk membangunkan Sabah untuk lebih maju ke hadapan sesuai dengan keadaan politik Sabah ketika ini.

“Kita akan guna gabungan ini untuk kita berjuang membangunkan negeri Sabah seperti mana sekarang ini kita panggil kerajaan GRS dan dengan ini, kita mempunyai satu entiti atau satu jajaran baharu politik bahari di Sabah, ini satu yang rasa cukup sesuai dalam keadaan politik Sabah hari ini,” katanya.

Hajiji hari ini mengumumkan GRS sudah didaftarkan sebagai sebuah parti politik rasmi dan sah di negeri ini.

Beliau memaklumkan bahawa GRS sudah diluluskan pendaftarannya pada Jumaat lalu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here