PRN Johor: PM ucap tahniah

0
3

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersyukur Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi yang masih menyokong dan percaya kepada kepimpinan BN termasuk jentera parti dan pihak terlibat yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan parti itu.

“Tahniah Barisan Nasional di atas kemenangan dalam #PRNJohor.

“Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas-petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional. Masa untuk Kestabilan Masa Depan rakyat Johor!,” tulisnya menerusi Facebook.

Brdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 10 malam tadi, BN mendahului di lebih 39 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here