Proses kiraan undi kini bermula

0
3

PROSES pengiraan undi kini bermula sebaik tempoh mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula jam 8 pagi ditutup tepat jam 6 petang tadi.

Secara keseluruhan terdapat 1,021 pusat mengundi bagi PRN kali ini membabitkan 4,638 saluran.

Peti undi dari semua saluran mengundi akan dibawa ke 56 pusat penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi PRN Johor diumumkan malam ini.

Proses pengiraan undi turut dipantau oleh wakil setiap calon yang bertanding bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui laman Facebook rasminya, turut menyiarkan siaran langsung pengiraan undi bagi kerusi N43 Permas.

PRN Johor kali ini menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi DUN dan seramai 2,539,606 pengundi biasa layak mengundi hari ini.

Pada 8 Mac, sebanyak 36,729 kertas undi pos dikeluarkan oleh SPR dengan kira-kira 87 peratus atau 18,625 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dan kertas undi pos juga dikira hari ini.

Sementara itu, statistik keluar mengundi yang dilaporkan SPR setakat jam 4 petang tadi adalah sebanyak 50 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here