Dakwa pusat mengundi ditutup awal, PKR akan lapor polis – Maszlee

0
3

PKR akan membuat laporan polis serta bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan ada pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ditutup awal.

Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga calon PKR kerusi Layang-Layang, kejadian sama berlaku di tiga tempat mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

“Kejadian yang sama berlaku di tiga tempat mengundi dalam DUN Layang-Layang. Peguam kami sedang menyediakan laporan polis dan akan membuat bantahan.

“Minta calon dan wakil calon di tempat lain turut mengambil tindakan yang sama,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Terdahulu tular video di media sosial memaparkan individu dipercayai pengundi mendakwa tidak dibenarkan mengundi kerana pusat mengundi ditutup awal. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here