KIRA-KIRA setengah jam selepas tempoh mengundi berakhir, Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Barisan Nasional (BN) kini sedang selesa mendahului parti-parti lain.
Menerusi satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi, Asyraf Wajdi berkata BN sedang mendahului di 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Alhamdulillah, BN sedang mendahului di 34 kerusi DUN. Moga-moga Allah memberikan kemenangan kepada BN, insya-Allah,” tulisnya.
Beliau turut berkongsi gambarnya bersama Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memantau perkembangan semada di setiap kerusi DUN.
BN memerlukan kemenangan di 38 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor secara berperingkat mulai jam 8 malam ini. – Malaysiapost

