‘Jangan lupa tunjuk jari, dapat diskaun 20 peratus di Bubblebee’ – Achey

0
3

PENGUNDI yang selesai menjalankan tanggungjawab memilih bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, berpeluang mendapatkan potongan 20 peratus bagi pembelian di Bubblebee, hari ini.

Pelawak Achey berkata, tawaran tersebut tertakluk bagi semua cawangan Bubblebee di seluruh Johor.

“Assalamualaikum orang Segamat, mengundi ke tu? Ingat lepas mengundi pergi Bubblebee tunjuk je jari yang sudah dicelup. Boleh dapat diskaun 20 peratus.

“Jangan lupa, tunjuk sahaja jari yang dah dicelup ya, dapat diskaun,” katanya dalam hantaran Instagram hari ini.

Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah, antara artis kelahiran Johor yang keluar mengundi bagi PRN Johor yang berlangsung hari ini.

Bagi penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi juga tidak melepaskan peluang singgah ke cawangan Bubblebee selepas mengundi di kampung halamannya, Benut.

“Ok selesai, nak cari @bubbleemalaysia @shuibsepahtu dengar ada diskaun,” katanya dalam hantaran Instagram.

Haiza dalam hantaran itu juga memuat naik gambar menunjukkan jari yang sudah dicelup, tanda telah selesai mengundi bagi PRN hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here