
MALAYSIA mencatatkan 76 kematian lagi akibat Covid-19, semalam.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 21 daripada jumlah keseluruhan adalah kes kematian diluar hospital (BID).
Ia menjadikan kes kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 33,643 kes kematian sejak pandemik itu melanda negara.
Kedah merekodkan kes kematian akibat Covid-19 tertinggi, semalam dengan 15 kematian, termasuk tiga kes BID.
Ia disusuli dengan Selangor dengan 14 kes, temasuk enam kes BID; Perak (10); lapan kematian di Johor, termasuk satu kes BID.
Sementara itu, masing-masing lima di Negeri Sembilan (satu kes BID) dan Sabah (kelima-limanya kes BID); Kuala Lumpur (empat, termasuk dua kes BID); masing-masing tiga kematian di Perlis dan Pulau Pinang (satu kes BID).
Empat negeri mencatatkan masing-masing dua kematian iaitu di Kelantan (dua kes BID), Melaka, Pahang dan Sarawak, manakala satu kes kematian dilaporkan di Terengganu. – Malaysiapost
