
MALAYSIA terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dengan 32,800 jangkitan baharu direkodkan semalam.
Angka itu sekali gus menjadikan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 mencecah 3,774,786 kes, sejak virus itu melanda negara.
Menerusi data porta COVIDNOW sebanyak 32,259 daripada kes dilaporkan setakat tengah malam tadi membabitkan penularan tempatan, manakala 541 lagi membabitkan kes import.
Sementara itu, sebanyak 322,700 kes aktif dilaporkan dengan 310,351 kes menjalani pengasingan di rumah; 3,111 individu dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Sementara itu, 8,858 pesakit lagi menjalani rawatan di hospital dengan 380 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). – Malaysiapost
