Bangsa Johor jangan ulangi kesilapan – Hadi

0
3

PAS mengajak seluruh warga Johor yang layak mengundi, agar pulang menunaikan tanggungjawab mereka esok sempena hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi hantaran ringkas di media sosial miliknya turut berharap pengundi Johor tidak mengulangi kesilapan lalu.

Wahai bangsa Johor! Selamat balik mengundi! Tunaikan kewajipan,  Jangan ulangi kesilapan,” tulis Abdul Hadi.

Setelah dua minggu berkempen, pengundi akan memilih 56 wakil rakyat pada hari pengundian esok.

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 2.57 juta pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRN kali ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here