70 kematian baharu, 19 kes BID semalam

0
3
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 70 kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 33,567 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, 19 daripada 70 kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 314,420 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Selain itu, seramai 302,242 individu atau 96.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 3,039 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 8,750 kes pula dirawat di hospital dan 389 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 160 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 229 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here