91.1 peratus remaja lengkap vaksin Covid-19

0
1

SEBANYAK 2,834,807 individu atau 91.1 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, setakat semalam.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 2,934,891 individu atau 94.3 peratus daripada populasi remaja itu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, sebanyak 1,097,425 individu atau 30.9 peratus telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Sementara itu, seramai 22,932,696 individu atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah menerima vaksin lengkap dan 23,209,324 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala, sejumlah 15,202,158 individu atau 64.6 peratus populasi dewasa telah menerima dos penggalak Covid-19,

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 64,759 dos vaksin diberikan meliputi 20,178 dos pertama, 1,736 dos kedua dan 42,845 dos penggalak,

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,002,567. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here