MANGSA keempat dan kelima kejadian tanah runtuh Taman Bukit Permai, Ampang, telah ditemukan dan disahkan meninggal dunia.
Kedua-kedua lelaki itu merupakan korban ketiga dan keempat dalam insiden tanah runtuh.
Sebelum itu seorang wanita warga emas dan seorang lelaki turut maut manakala seorang lelaki lain cedera.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kedua-dua mangsa merupakan lelaki warga tempatan dengan seorang daripada mangsa adalah pekerja Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.
Beliau berkata mangsa keempat ditemukan pada jam 12.46 tengah malam manakala mangsa kelima dijumpai pada jam 1.59 awal pagi tadi.
“Identiti kesemua mangsa yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti.
“Oleh itu, operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa ditamatkan pada awal pagi ini,” katanya kepada media.
Mohamad Farouk berkata, polis akan membuat kawalan keselamatan 24 jam bagi memastikan barangan milik penghuni terjejas tidak hilang dan rumah mereka tidak diceroboh.
Tambah beliau, sehubungan itu polis meminta jika ada penghuni yang rumahnya diceroboh untuk membuat laporan polis.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya akan menggunakan Unit Anjing Pengesan K-9 di tapak runtuhan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat.
“Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya,” katanya. – Malaysiapost

