Tanah runtuh: Mangsa kedua berjaya ditemui

0
2

PASUKAN bomba berjaya menemui seorang lagi mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, pada jam 7.53 malam tadi.

Mangsa adalah seorang wanita dipercayai penghuni salah sebuah daripada dua kediaman yang tertimbus dalam kejadian itu.

Terdahulu seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun berjaya diselamatkan pada pukul 6.54 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa masih giat dijalankan.

“Mangsa ditemui pada pukul 7.53 malam dan operasi menyelamat dua lagi mangsa masih giat dijalankan,” katanya.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang tadi, mengakibatkan 15 rumah dan 10 kenderaan terjejas, manakala empat mangsa dilaporkan terperangkap dalam dua daripada kediaman yang tertimbus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here