KWSP: Kerajaan perlu prihatin, peka nasib rakyat – Anwar

0
2

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, desakan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan berlaku sekiranya kerajaan mempunyai rencana jelas serta peka terhadap nasib rakyat.

Beliau yang juga Presiden PKR, berkata sejak daripada bencana banjir tahun lalu, pihaknya sudah menggesa kerajaan menampung kerugian yang dialami rakyat.

“Namun, gesaan ini tidak diendahkan. Justeru, dari kegagalan ini timbul desakan dari rakyat untuk mengeluarkan simpanan mereka.

“Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya sesebuah kerajaan itu ada rencana yang jelas serta sikap prihatin dan peka akan nasib rakyat,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Dalam pada itu Anwar berkata, rata-rata rakyat menzahirkan keresahan dengan peningkatan kos hidup ketika beliau turun berkempen Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, pagi tadi.

“Pagi tadi berkempen di sekitar Dun Semerah dan bertemu rakyat di sana.

“Saya lihat rata-rata pengundi menzahirkan rasa resah dan mengeluh tatkala melihat kos sara hidup yang kini terus menekan kehidupan rakyat.

“Saya turut sebut bahawa saya kini sedang mendesak kerajaan untuk membenarkan pengeluaran simpanan KWSP,” katanya.

Semalam, Anwar menggesa pengeluaran dana KWSP dibenarkan dengan segera setelah menyifatkan kerajaan gagal membantu rakyat yang terdesak.

Menurutnya, langkah itu kini dilihat perlu dilaksanakan meskipun sebelum ini beliau berpendirian sebaliknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here