‘Abah Kau’ nak jadi MB Johor semula ke, sindir Azalina

0
2

Najamuddin Mohd Nor

“SAYA tak tahu ‘Abah kau’ nak tawarkan diri jadi Menteri Besar Johor balik ke selepas ini, saya tak tahu,” sindir Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahli Parlimen Pengerang itu menyindir kempen Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan wajah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘poster boy’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

“Saya nak cakap satu sajalah, 13 haribulan ni dia (Muhyiddin) yang lain semua dah balik dah, dan BN akan terus mula bekerja untuk rakyat Johor.

“Bagi BN Datuk Hasni Mohamad masih lagi calon Menteri Besar terbaik kita dan poster boy BN,” kata Ketua Umno Pengerang itu ketika ditemui Malaysiapost di bilik gerakan BN di Bandar Penawar, hari ini.

Muhyiddin adalah bekas Menteri Besar Johor dan kini Pengerusi PN.

Dalam pada itu, Azalina sempat meninjau kempen akhir dua calon BN di bawah Parlimen Pengerang iaitu Fauziah Miswi yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar serta Aznan Tamin bagi DUN Tanjung Surat.

“Insya-Allah, mudah-mudahan BN akan berjaya pada PRN Johor ini, khususnya meraih kemenagan 2-0 di Pengerang.

“Bagi saya yang kita menerima hakikat kita nak kestabilan dan pada 13 Mac ini kita sudah mula bekerja untuk Johor, mudah-mudahan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here