Bukan semua pengiring VIP tahan ambulans – Uncle Kentang

0
2

AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng memuji tindakan anggota polis trafik yang memberi bantuan mengiring ambulans pasukannya yang membawa pesakit ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Dia yang lebih sinonim dengan gelaran ‘Uncle Kentang’ berkata, anggota polis bermotosikal berkenaan sedang mengiringi satu konvoi kenamaan, namun bertindak membantu perjalanan ambulans.

“Bukan semua pengiring VIP tahan ambulans. Pagi tadi semasa bertemu dengan rombongan dipercayai sedang mengiringi Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, ambulans kami yang ada pesakit memperlahankan kenderaan untuk beri laluan.

“Satu pengiring telah hampiri ambulans dan minta bergerak ke hadapan serta ikut pengiring. Dengan cekapnya tiga anggota trafik bermotosikal memperlahankan kenderaan lain dan beri laluan kepada ambulans.

“Ambulans telah diiringi dari Simpang Jalan Semantan hingga ke Jalan Parlimen bagi mempermudahkan misi kami membawa pesakit ke IJN. Kami terharu dengan usaha baik ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

Beliau juga memuat naik rakaman video kejadian itu yang tular dan turut dikongsikan di laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Chee Heng berkata, konvoi berkenaan tidak melengahkan pergerakan ambulans malah membantu memudahkan pergerakan di kesibukan kesesakan lalu lintas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here