‘Saya tidak menyesal lepaskan jawatan jurutera demi rakyat Bukit Pasir’ – Fazli

0
3

Najamuddin Mohd Nor

DEMI memastikan kehidupan rakyat di Bukit Pasir lebih terjamin pada masa hadapan, calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Fazli Mohammad Salleh sanggup mengorbankan kerjayanya sebagai jurutera.

Beliau yang dicabar dalam saingan tujuh penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, tidak teragak-agak melepaskan jawatan selesa di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

“Secara rasminya saya berhenti sebaik sahaja selesai penamaan calon. Demi rakyat Johor, khususnya di DUN Bukit Pasir saya berkorban melepaskan jawatan sebagai jurutera TNB negeri Melaka dalam bahagian ICT.

“Kini keringat dan usaha saya fokus untuk merampas kembali Bukit Pasir yang terlepas ke tangan pembangkang, sekali gus dapat membela nasib rakyat di DUN berkenaan,” katanya ketika ditemui Malaysiapost, hari ini.

Ketua Pemuda Bahagian Umno Pagoh itu berkata, mungkin jalan kehidupannya telah ditulis Allah untuk terjun ke dunia politik dan membantu rakyat di kawasannya membesar.

“Kalau ada rasa menyesal, saya tidak berada di sini berjuang untuk rakyat Bukit Pasir.

“Saya berharap pengorbanan saya ini dihargai rakyat Bukit Pasir dan menterjemahkan di kertas undi memilih saya menjadi wakil rakyat mereka.

“Jika keselesaan yang saya cari, ini bukan jalannya, tapi demi kehidupan rakyat Bukit Pasir lebih maju di masa hadapan saya gadaikan jawatan saya, harap pengorbanan saya ini tidak disia-disiakan,” katanya yang telah berkhidmat selama 12 tahun dengan TNB Melaka.

DUN Bukit Pasir yang terletak dalam Parlimen Pagoh adalah kerusi tunggal yang dimenangi Najib Lep dari PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Najib memperolehi undi 9,835 undi menewaskan calon BN, Noriah Mahat dengan majoriti 1,883 undi.

DUN Bukit Pasir menyaksikan pertembungan tujuh penjuru yang menyaksikan penyandang kerusi berkenaan bertanding sebagai calon Bebas kali ini.

Mohamad Fazli akan menentang calon Bebas Najib Lep, Mohd Akhiri Mahmod (Pejuang), Elia Nadira Sabudin (PH), Muhd Nur Iqbal Abd Razak (PN) dan Johar Siraj (Bebas). – Malaysiapost

‘Saya tidak menyesal lepaskan jawatan jurutera demi rakyat Bukit Pasir’ – Fazli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here