Demi abang iparku, Sam turun padang

0
3

Nurul Huda Abhar

MENJELANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok, pastinya pelbagai kempen yang ditonjolkan calon bagi meraihkan undi rakyat. 

Tidak ketinggalan, pelakon popular, Shaheizy Sam yang terkenal dengan watak “Adnan Sempit” turut bersama memeriahkan kempen Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam PRN Sabah.

Shaheizy Sam bersama poster Bung Moktar

Sam juga memuat naik hantaran foto di laman sosialnya, sambil memakai kemeja-T berona biru yang memaparkan gambar Ahli Parlimen tersebut dengan tulisan “RaduTatapRadu”.

“Nak jadi PM (Perdana Menteri) la.. Gaya dah go (boleh) ni. What say u (apa kata awak) @samtilla. Tolong PM tepi..

“Sabah dan lautan biru…RADU TATAP RADU!,” tulisnya di Instagram, semalam.

Pelakon berusia 38 tahun itu difahamkan tiba di negeri Sabah semalam, bagi memberi sokongan kepada Bung Moktar yang juga abang iparnya. 

Bung Mohtar dan Zizie Ezette bernikah pada 9 Jun 2010 dengan berwalikan abangnya iaitu Samzy Fuzette Abd Samad.

Zizie yang juga pelakon, pernah merangkul anugerah Aktres Terbaik Anugerah Skrin TV3 pada tahun 2001 menerusi drama Aduhai Esah.

Bung Moktar bertanding di DUN Lamag yang menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Warisan, PCS, Parti Perpaduan Sabah dan seorang bebas.  -Malaysiapost