KERAJAAN hari ini memutuskan membuka sempadan negara sepenuhnya bermula 1 April ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan keputusan itu rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa.
Selain itu, katanya, rakyat negara ini juga dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadan untuk pengembara luar.
“Dalam masa sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang salah boleh melakukan perjalanan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPas yang akan dimahsuhkan.
“Sebaliknya hanya perlu memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure form melalui fungdi Traveler dalam MySejahtera,” katanya dalam sidang media Fasa Peralihan Endemik, hari ini.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, mengambil kira situasi varian Omicron yang melanda negara terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia mahupun pengembara luar.
Ia adalah, bagi penerima lengkap dua dos vaksin tiada keperluan untuk menjalani kuarantin, hanya perlu menjalani ujian RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
“Bagi status vaksinasi lain, yang tidak menerima vaksin atau sebab perubatan tidak menerima sebarang vaksin
“Kementerian berkaitan akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pembukaan sempadan ini secara terperinci dalam waktu terdekat,” katanya .
Beliau berkata, keputusan pembukaan sempadan itu dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan Covid-19; serta membandingkan keperluan pembukaan sempadan negara-negara lain.
“Selain itu ia untuk memberi keselesaan dan tidak merumitkan perjalanan pengembara dan paling utama Malaysia adalah destinasi terbuka yang boleh dikunjungi,” ujarnya. – Malaysiapost

