Hujan lebat, warga kota dinasihatkan berhati-hati

0
1

WARGA kota dinasihatkan supaya peka dengan situasi cuaca dan keadaan sekeliling terutama pengguna jalan raya susulan hujan lebat melanda ibu negara petang ini seperti yang diramalkan.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui laman Facebook rasminya, memaklumkan keadaan hujan lebat ketika ini melanda ibu negara.

“Lebih 400 mangsa masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman ketika ini.

“Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan elak daripada melalui kawasan banjir kilat,” menurut KWP.

KWP turut berkongsi maklumat mengenai situasi jalan raya sekitar Kuala Lumpur yang dilaporkan mengalami kesesakan trafik.

Antara laluan yang mengalami kesekasam adalah Jalan Klang Lama / Jalan Syed Putra, Jalan Genting Klang, Jalan Kinabalu dan beberapa Jalan utama lain.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut berkongsi keadaan tarfik semasa di beberapa laluan utama termasuk laluan yang mula dinaiki air di laman Facebooknya.

Laluan berkenaan adalah di Jalan Bangsar, Jalan Yaakob Latif, Jalan Syed Putra, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Kuchai Lama dan Lebuhraya Timur Barat.

“Warga kota dinasihatkan untuk berhati-hati di jalan raya,” menurut DBKL. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here